Kaedah Iqra’ adalah satu kaedah mempelajari Al-Quran yang terkenal hari ini.
Kaedah ini dihimpunkan di dalam 6 jilid buku nipis yang kecil untuk mereka yang mahu belajar Al-Quran.
Ternyata, kaedah ini amat mesra kanak-kanak juga orang dewasa.
Bacaan langsung
Bacaan secara langsung melalui Iqra’ membuatkan pembaca terus mengenal bunyi mengikut tanda bacaan.
Mereka tidak diperkenalkan kepada huruf hijayyah secara langsung.
Ini membuatkan mereka membaca lebih cepat dan lancar apabila naik Al-Quran.
Penggunaan teks tertentu
Setiap jilid telah diasingkan mengikut tahap mudah baca kepada 6 buku yang berasingan.
Buku-buku ini telah direka khas dengan kulit yang berbeza warna untuk menarik minat si pembaca.
Teknik dorongan dan pujian
Iqra ini dijadikan mudah agar ia senang difahami dan pembaca Al-Quran menjadi yakin untuk belajar dari hari ke hari.
Setiap muka surat diatur mengikut tahap mudah,
agar semua orang dapat melepasinya dan layak mendapat pujian setiap kali mereka mambaca.